Sejarah Sabah Film Productions

Syarikat ini ditubuhkan oleh usahawan filem dari Sabah, iaitu Deddy M. Borhan. Syarikat ini ditubuhkan diwaktu industri perfileman di Malaysia melalui zaman gelap. Di tambah dengan kehilangan seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, melengkapkan lagi kegelapan industri filem di Malaysia yang telah dibanjiri dengan filem-filem luar seperti Indonesia, Inggeris dan Hindustan.

Atas kesedaran untuk melihat filem Malaysia maju, beliau bersama Seniman Aziz Sattar menerbitkan filem bawah syarikat beliau. Maka lahirlah filem Keluarga Si Comat. Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan, syarikat ini menerbitkan beberapa buah filem sehingga tahun 1992.